CSRU

Setiap projek perumahan dari pemaju swasta di dalam Putrajaya, mereka wajib ada "allocation" 30% untuk penjawat awam menggunakan CSRU dengan diskaun sebanyak 25%. Urusan jual beli adalah melalui Urusetia Jawatan Kuasa Kerja Tanah dan Jabatan perdana menteri yang beroperasi di aras 1, Menara Sri Wilayah.
 
10 Panduan Membeli Rumah CSRU di Putrajaya
  1. Baca Pekeliling : https://docslide.net/documents/pekeliling-csru.html
  1. Isi Borang Csru : csru - Jabatan Perdana Menteri - PDFwww.jpm.gov.my › files › register_csru_0
  1. Nyatakan jenis kediaman pilihan anda.
  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diminta seperti dalam borang.
  1. Sediakan Rm100 untuk bayaran pendaftaran seumur hidup.
  1. Buat pembayaran di Pejabat Kewangan, Tingkat 3, Menara Sri Wilayah.
  1. Serahkan Borang CSRU dan resit bayaran di Pejabat UJKT, Tingkat 1, Menara Sri Wilayah.
  1. Sentiasa alert tentang projek-projek pembangunan kediaman di Putrajaya yang sedang berjalan atau akan datang.
  1. Isi Borang Hasrat di Pejabat UJKT untuk membeli rumah di projek tersebut, nyatakan jenis kediaman dan bajet anda.
  1. Jika anda terlepas peluang, sentiasa kemaskini jenis kediaman pilihan dan isi borang hasrat yang baru.
 
Antara syarat lain CSRU ialah
  1. Moratorium dikenakan selama 10 tahun ke atas penjualan rumah kediaman tersebut.
  1. Pindahmilik unit kediaman berkenaan hanya dibenarkan kepada waris terdekat iaitu suami/isteri atau anak-anak dan tempoh moratorium selama 10 tahun terus dikenakan
  1. Bagi kedua syarat diatas, sekiranya pembeli ingin menjual sebelum tempoh moratorium tamat, syarat berikut dikenakan
      • Sekiranya dijual kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang lain, syarat-syarat di atas terus dikena kan kepada pembeli baru.
      • Sekiranya dijual kepada orang awam/pihak-pihak lain, anggota Perkhidmatan Awam berkenaan harus membayar balik kepada Kerajaan jumlah potongan yang diberikan itu. Jumlah harga yang perlu di bayar tersebut akan diberi diskaun sebanyak 10% setiap tahun
  1. Dan antara syarat yang paling ketat sekali ialah pembeli dan suami/isteri BELUM PERNAH memiliki unit kediaman Di Bawah Skim Civil Servant Reserved Unit(CSRU) atau tanah lot di Putrajaya.