LPPSA

Tirai 2016 dibuka dengan pengenalan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Akta LPPSA 2015 bagi mengambil alih daripada Bahagian Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia (BPP) berkaitan segala urusan pentadbiran, pengurusan dan pemberian pembiayaan perumahan kepada penjawat awam.
 
Apakah jaminan kadar faedah 4% akan dikekalkan?
 
Keistimewaan LPPSA berbanding Pinjaman Lain
 
Pinjaman Perumahan sehingga 100% Pembiayaan.
  • Contoh Loan LPPSA : Harga rumah RM 300,000. Jumlah pembiayaan perumahan juga sehingga RM 300,000.
  • Contoh Loan Bank : Harga rumah RM300,000. Jumlah pembiayaan maksimum sehingga 90% iaitu RM 270,000. Selebihnya harus dibayar dengan bayaran deposit.
Kesimpulan : Kita perlu menyediakan bayaran 10% untuk rumah berharga RM 300,000 iaitu RM 30,000.
 
Kadar Faedah atau Interest 4% yang tetap
  • Loan LPPSA : 4% Interest ataupun Kadar Faedah Setahun.
  • Loan Bank : 4 hingga 7%. Kadar peratusan bank bergantung pada harga rumah. Makin tinggi harga rumah yang dibeli, makin rendah kadar faedah bank dikenakan.
  • Kadar Bank bergantung pada sistem BLR (Base Lending Rate iaitu Base Rate + p.a)
Kesimpulan : Kadar Faedah Loan LPPSA sangat rendah dan tetap. Ianya merupakan tawaran yang sukar didapati dari mana mana bank di Malaysia.
 
Tempoh pinjaman (loan tenure)
  • Loan LPPSA : Pinjaman selama 30 tahun (bagi rumah LPPSA pertama), 25 tahun (bagi rumah LPPSA kedua) dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam mencapai 90 tahun
  • Contoh pengiraan 1 : Ali mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun. Loan : 30 tahun. Tamat Loan Ali berumur 60 tahun.
  • Contoh pengiraan 2 : Abu mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun. Loan : 30 tahun. Tamat Loan Abu berumur 90 tahun
  • Loan Bank : Pinjaman selama 35 tahun dan boleh membuat pinjaman perumahan sehingga usia peminjam 75 tahun.
  • Contoh pengiraan 1 : Adam mula berhutang sewaktu berumur 30 tahun. Loan : 35 tahun. Tamat Loan Adam berumur 65 tahun
  • Contoh pengiraan 2 : Ahmad mula berhutang sewaktu berumur 60 tahun. Loan : 15 tahun sahaja. Tamat Loan Ahmad berumur 75 tahun
Kesimpulan apabila tempoh loan makin singkat, maka pembiayaan bulanan akan lebih tinggi. Di sini pembiayaan LPPSA boleh menawarkan pembiayaan lebih rendah walaupun umur anda sudah lebih 40 tahun.
 
Bagaimana Cara Memohon LPPSA
  • Terlebih dahulu, beberapa perkara penting dibuat sebelum memohon LPPSA ataupun SPPB. Perkara tersebut sudah pastilah anda perlu kenalpasti rumah yang ingin dibeli.
  • Senarai perkara yang perlu dikenalpasti sebelum memohon pembiayaan LPPSA
    • Rumah yang ingin dibeli
    • Jumlah kelayakan pinjaman
    • Adakah rumah yang ingin dibeli panel kepada pinjaman LPPSA
    • Panel insuran yang ingin dipilih
 
Untuk membuat permohonan pinjaman perumahan, anda bolehlah memohon secara online melalui laman web Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu -
 
Harga Rumah Yang Mampu Dibeli
  • Segelintir daripada kita masih ragu ragu tentang berapakah nilai rumah yang mampu dibeli bukan?
  • Untuk permasalahan ini, anda bolehlah merujuk pada pautan kalkulator yang disediakan pada pautan seperti dibawah